Friday, November 5, 2010

AYAHANDA

tiba-tiba
kerinduan menyelubungi hati
hati yang tidak keruan
memikirkan dirimu

kau lari begitu sahaja
tanpa meninggalkan apa-apa
tanggungjawabmu kau lepaskan
buat kami tergapai-gapai

kami masih memerlukanmu
kau buat tidak tahu
adakah ini dipanggil manusia
yang tidak mempunyai hati
dan perasaan

hidup kami ditimpa musibah
sedangkan kau hidup bahagia
dan hanyut dalam keseronokkan dunia
pulanglah wahai ayahanda
selagi kau di beri peluang
untuk hidup di dunia

p/s : ayah , leesa masih sayangkan ayah .. seburuk-buruk ayah , ayah tetep darah daging leesa .. <33

No comments:

Post a Comment